Tingkatkan Kesihatan Anda Melalui Tidur yang Lebih Baik

Cloud-02.jpg

Tidur adalah satu keperluan yang penting seperti makan dan air. Ia dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan mental. Sekurang-kurangnya tujuh jam tidur pada waktu yang tetap diperlukan untuk mengurangkan tahap tekanan dan meningkatkan kesihatan kita. Tidur untuk jangka masa yang lebih pendek akan memberi kesan negatif kepada kualiti hidup kita dan menjadikan jangka hayat kita lebih singkat.

Ramai Rakyat Malaysia Tidak Mendapat Tidur Yang Mencukupi

Kini, ramai orang di seluruh dunia tidak mendapat tidur yang mencukupi.  Purata waktu yang sesuai untuk tidur adalah 7 jam pada setiap malam (berbanding 7.1 jam pada tahun 2019), 6.8 jam pada hari bekerja & 7.5 jam pada waktu hujung minggu (berbanding dengan 7.9 jam pada tahun 2019). Kajian Nielsen pada tahun 2018 menunjukkan bahawa orang dewasa di Malaysia, secara puratanya, hanya tidur selama 6.4 jam. Kebanyakan mereka berfikir tidur itu tidak memberi kesan apa-apa dan ada yang beranggapan bahawa tidur yang terlalu lama tidak elok & membazir waktu yang produktif. Hasil kajian beberapa dekad yang lalu menunjukkan bahawa tidur bukan hanya merehatkan badan kita yang letih. Malah, tidur juga memberi kesan terhadap perkembangan otak kita sepanjang malam.

Apakah Yang Berlaku Semasa Kita Tidur?

Dalam badan kita terdapat satu ‘jam biologi’ yang dipanggil sebagai Irama Sirkadian (Circadian rhythm). Ianya berfungsi sebagai pemberi respon kepada tubuh kita supaya bersiap sedia untuk tidur atau berjaga. Ia boleh dipengaruhi oleh isyarat cahaya pada waktu siang (masa kita akan terjaga) dan malam (masa kita akan berasa mengantuk). Selain itu, ia juga boleh dipengaruhi oleh cahaya terang yang lain seperti cahaya biru daripada gajet elektronik kita, atau perangsang seperti kafein yang menyebabkan kita terjaga pada waktu malam.

Badan kita akan melalui beberapa fasa semasa tidur iaitu fasa tidur REM (pergerakan mata pantas, atau tidur bermimpi) dan fasa tidur Bukan REM (merangkumi tahap tidur yang ringan dan tidur yang mendalam). Kitaran tidur kita akan melalui setiap fasa ini sebanyak 4-6 kali sepanjang kita tidur. Kebiasaanya, kita akan terjaga seketika apabila berlakunya peralihan fasa dalam kitaran tidur kita. Setiap kitaran akan mengambil masa kira-kira 90 minit.

Walaubagaimanapun, setiap kitaran tidur adalah berbeza sepanjang malam. Sebagai contoh, pada 90 minit pertama, kita akan melalui fasa tidur yang mendalam. Sekiranya kita berjaga lewat malam untuk menonton filem atau melayari internet, kemungkinan besar kita akan terlepas waktu tidur yang betul dan secukupnya. Bayangkan tidur yang mendalam seperti proses perkhidmatan penghantaran mel. Pada waktu siang, kita sibuk menerima semua “pakej” dan menyimpan kesemuanya secara sementara di dalam "bilik mel" di bahagian otak kita yang dipanggil Hippocampus. “Pakej” ini merupakan maklumat dan pengetahuan yang kita pelajari sepanjang hari. Semasa tidur, semua “pakej” ini akan dihantar ke alamat penghantaran, bermaksud maklumat baharu tersebut akan dihantar ke “stor tetap” di luar Hippocampus. Sekiranya kita memutuskan untuk berjaga lewat malam dan hanya akan tidur 2 jam kemudian, ini bermakna beberapa “pakej” ini (iaitu maklumat dan pengetahuan) tidak dapat disimpan dan kemungkinan besar ianya akan hilang buat selama-lamanya. Hal ini kerana kita akan melalui fasa tidur ringan atau lebih dikenali sebagai “tidur ayam” selepas kita keluar dari fasa tidur yang mendalam.

Sleep

Pada tahap tidur yang ringan, ianya bertindak sebagai langkah pembersihan. Tugasnya adalah untuk memadam semua memori yang disimpan di dalam Hippocampus setiap hari supaya fikiran kita akan lebih segar pada hari berikutnya. Tahap tidur yang ringan dapat memperbaharui keupayaan kita untuk belajar. Kebanyakan tahap tidur yang ringan berada di penghujung fasa tidur. Jadi, kita tidak akan menjadi produktif apabila kita bangun awal untuk belajar. Ia akan menjejaskan keupayaan kita untuk mempelajari perkara yang baru. Kita juga berkemungkinan besar akan hilang fasa tidur REM iaitu tidur bermimpi sekiranya kita bangun lebih awal daripada waktu biasa, seperti bangun pada pukul 5 pagi berbanding pukul 7 pagi untuk tujuan belajar.

Pada tahap ini, kita akan bermimpi & mengalami kelumpuhan sementara secara sengaja. Minda kita akan meneliti semua maklumat yang baru diterima dan menggabungkannya dengan maklumat lama. Akhirnya, ia akan menghasilkan satu jalan cerita yang boleh difahami dengan cara pelik yang tidak pernah kita terfikir untuk melakukannya apabila kita terjaga.

Ianya adalah sesuatu yang kreatif. Antara kelebihannya adalah seperti menyelesaikan soalan matematik yang sukar, menghasilkan karya yang indah untuk pencipta lagu, teknik jualan yang sempurna untuk jurujual, atau ciptaan baharu untuk seorang saintis. Selain daripada pandangan kreatif, fasa tidur REM juga memberi faedah dari sudut emosi. Mimpi pada fasa tidur REM boleh diingati tanpa bergantung kepada sebarang emosi. Ini adalah bahagian penting yang menjadikannya sebahagian daripada rawatan terapi. Tanpa mimpi, kita semua akan mengalami penyakit kronik yang dipanggil PTSD. Mimpi akan membantu kita untuk mengatasi kebimbangan masa lampau dan mengubah persepsi kita daripada putus harapan untuk meneruskan kehidupan kita.

 

Secara ringkasnya, fasa tidur yang mendalam dapat meningkatkan keupayaan kita untuk menyimpan maklumat dan meningkatkan tahap ingatan kita. Fasa tidur yang ringan pula membuat kita bersedia untuk mempelajari maklumat baharu manakala tidur REM akan membantu kita untuk memahami maklumat dan sebarang emosi yang berkaitan dengannya. Sekiranya kita terlepas daripada mana-mana fasa tidur ini, sama ada tidur mendalam, ringan atau REM, daya ingatan dan pembelajaran serta pemahaman akan berkurangan.

Menurut pakar tidur dari Institut Kesihatan Nasional, tidur yang sihat tidak hanya merangkumi masa yang diluangkan di atas katil. Tidur yang sihat harus merangkumi tiga komponen utama. Pertama ialah waktu tidur yang kita dapat, kedua ialah kualiti tidur iaitu tidur yang tidak terganggu dan yang ketiga ialah jadual tidur yang konsisten. Sekiranya kita berpendapat bahawa kita boleh menggantikan waktu tidur pada keesokan harinya (tidur waktu siang) untuk mendapatkan tidur yang sihat, ianya adalah mitos semata-mata. Malah kedua-dua kaedah ini akan mengganggu Irama Sirkadian badan kita dan mungkin menghalang tubuh kita untuk mendapatkan tahap tidur yang lebih mendalam.

Saffron – Rempah emas

Saffron ialah rempah yang diekstrak daripada stigma tumbuhan Crocus sativus. Stigma Safron adalah halus dan berwarna oren kemerahan. Ianya memerlukan tenaga dan masa yang lama untuk menanamnya dan ini adalah faktor mengapa ianya menjadi salah satu rempah yang mahal. Selain digunakan sebagai agen pewarna dan perasa, saffron juga telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sebagai terapi herba di negara Timur Tengah dan Mediterranean. Terdapat tiga komponen bioaktif utama dalam saffron iaitu safranal, picrocrocin, dan bahan pewarna, crocetin dan glikosidanya, crocin. Kajian mendapati bahawa penggunaan saffron serta campuran bahan bioaktif crocin mempunyai kesan yang ketara dalam meningkatkan kualiti tidur terutamanya tidur NREM (Tidur Mendalam dan Ringan) tanpa mengurangkan masa tidur REM. Dalam satu kajian klinikal haiwan, crocin telah membuktikan bahawa ianya mampu mengurangkan selera makan, kadar pertambahan berat badan dan lemak di dalam badan tikus yang obes.

Affron® - Pemenang Anugerah USA Untuk Ramuan Herba

Untitled design (63)_edited.jpg

Affron® ialah ramuan saffron premium yang diseragamkan di mana ianya mengandungi >3.5% Lepticrosalides (crocins > 3.5%, safranal 0.03%) yang bertanggungjawab memberi khasiat melalui fungsi organoleptiknya. Ia menggunakan proses pengekstrakan proprietari pada suhu rendah yang dipatenkan untuk menghasilkan kualiti saffron yang unggul dengan kestabilan bahan aktifnya yang tahan lama di samping dos harian terendah - hanya 28mg. Affron® disokong oleh 8 kajian klinikal manusia yang terbukti berkesan dalam meningkatkan kualiti tidur, mengurangkan tekanan dan isu mental seperti kemurungan, serta mengurangkan gejala menopaus.

Satu kajian secara rambang ‘double-blind’ telah dibuat melibatkan seramai 63 orang dewasa sihat yang menyatakan bahawa mereka menghadapi masalah tidur telah diberi Affron® selama 28 hari. Kualiti tidur mereka bertambah baik hanya dalam masa 7 hari. Ini membuktikan bahawa terdapat pengurangan yang amat ketara dalam keadaan terjaga semasa tidur dan peningkatan dalam sudut kepekaan selepas bangun dari tidur. Dalam satu lagi kajian terkini secara rambang ‘double-blind’, yang diterbitkan pada tahun 2021, Affron® didapati dapat meningkatkan tahap melatonin pada waktu malam, mengurangkan insomnia dan meningkatkan kualiti tidur. Sejumlah 120 orang dewasa sihat yang tidak berpuas hati dengan tidur mereka telah dibahagikan kepada 3 kumpulan secara rambang. Kumpulan pertama mengambil plasebo, kumpulan kedua mengambil Affron® 14mg dan kumpulan terakhir mengambil  Affron® 28mg. Dalam kumpulan yang mengambil Affron®, terdapat bukti dan trend yang menyokong kualiti tidur yang lebih baik, jika dibandingkan dengan kumpulan plasebo.

Affron® telah dibuktikan secara klinikal dapat menyokong pemulihan tidur tanpa sebarang kesan sampingan. Ia adalah ekstrak bukan-GMO yang semula jadi, Halal dan Kosher, dengan dos terendah 28mg sehari. Kadar penyerapannya yang cepat dalam masa sejam dengan bioavailabiliti yang tinggi. Disebabkan perbezaanya dengan produk lain, ia telah memperolehi Anugerah Inovasi Produk Baharu Frost & Sullivan pada tahun 2020.

Terbaru! Kordel’s Slipvel Untuk Tidur Yang Lebih Baik

Kordel's Slipvel Box-30s_Front_edited.png

Kordel’s Slipvel telah dirumus dengan ekstrak saffron yang berkualiti tinggi daripada Affron® yang disokong dengan kajian pra-klinikal dan klinikal yang terbukti keberkesanannya. Mulakan perjalanan untuk memulihkan tidur anda sekarang dengan Affron®, ekstrak saffron unik yang diseragamkan dengan tahap crocin yang tinggi.