Habbatus Sauda: Kebaikannya Kepada Kesihatan Disahkan Kajian Sains

Untitled design (87)_edited.jpg

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ¾ komuniti di negara-negara dengan sumber yang terhad, bergantung kepada herba untuk penjagaan asas kesihatan mereka. Lebih kurang 60% daripada komuniti tidak mempunyai akses atau mampu menggunakan perkhidmatan perubatan moden. Sejajar dengan perkembangan baru dalam bidang nutrisi, terdapatnya minat dalam penggunaan tumbuhan sebagai sumber makanan dan perubatan. Habbatus sauda telah menarik minat sebagai nutrien perubatan yang berasaskan herba kerana kepelbagaian khasiatnya.

Untitled design (91)_edited.jpg

Habbatus sauda mempunyai sejarah yang amat mengagumkan. Bahkan, ianya telah digunakan sejak 3000 tahun yang lalu dan biasa digunakan dalam bahan masakan dan perubatan. Ianya turut dikenali sebagai Haba al-Barakah (Biji Keberkatan) di kebanyakan negara Timur Tengah disebabkan pelbagai khasiatnya yang menakjubkan. Nabi Muhammad S.A.W bersabda, “Pada Al-Habbatus Sauda itu terdapat syifaa’ (penawar) bagi segala penyakit kecuali mati”. Ia dikenali sebagai makanan sunnah di kalangan umat islam. Habbatus sauda juga turut dikenali sebagai ‘Herba Dari Syurga’ oleh pakar-pakar herba zaman dahulu. Biji hitam ini juga turut disebut di dalam kitab “Holy Bible” kerana

khasiatnya. Bahkan, habbatus sauda juga turut dijumpai di dalam makam Tutankhamun dan digunakan oleh Cleopatra untuk mengekalkan kecantikannya. Terdapat banyak kajian saintifik sedang dilakukan bagi membuktikan khasiat habbatus sauda dengan lebih terperinci.

Ekstrak habbatus sauda diperolehi daripada buah Nigella sativa, sejenis tumbuhan berbunga. Tumbuhan ini ditanam di bahagian barat daya Asia, Timur Tengah dan Eropah selatan. Bunganya berwarna putih atau biru dengan buah yang berbentuk kapsul. Di dalam kapsul tersebut, terkandung biji-biji yang akan bertukar hitam apabila terdedah kepada udara. Habbatus sauda juga dikenali sebagai jintan hitam atau biji bawang. Ekstrak habbatus sauda membekalkan pelbagai khasiat untuk daya ketahanan badan kita. Ianya menjadi salah satu ramuan dalam mengimbangi dan menyokong kedua-dua imunisasi semulajadi (innate immunity) dan imunisasi yang diperolehi melalui jangkitan penyakit (acquired immunity). Kajian menyeluruh mengenai pelbagai manfaat habbatus sauda telah dijalankan, khususnya, dalam kesihatan kardiovaskular, keradangan, kencing manis, hati berlemak, obesiti, penyakit buah pinggang, penyakit paru-paru, sakit sendi dan perlindungan kulit.

Khasiat habbatus sauda terletak pada thymoquinone, bahan aktif di dalam herba ini. Thymoquinone amat mujarab untuk pelbagai masalah kesihatan terutamanya radang. Cytokine adalah bahan kimia semulajadi dalam badan yang menyebabkan radang untuk melindungi badan kita. ‘Pro-inflammatory cytokines’, seperti tumour necrosis factor (TNF)-α dan interleukin-6 (IL-6), biasanya dilihat dalam tindak balas imun yang aktif dan membentuk sebahagian daripada ribut cytokine atau ‘cytokine storm’.

Untitled design (90)_edited.jpg

Thymoquinone terbukti berupaya untuk menghalang penghasilan ‘pro-inflammatory cytokines’ dan ini memberi pelbagai manfaat habbatus sauda yang menakjubkan. Ianya berupaya untuk membantu dalam penyakit kencing manis, lelah atau asma dan kanser. 

atau ‘cytokine storm’, ianya boleh mengakibatkan gejala-gejala ringan seperti demam dan kekerapan mendapat jangkitan. Keadaan yang serius boleh menyebabkan kegagalan organ serta kematian.

Ramuan-ramuan yang terkandung dalam Nigella sativa (habbatus sauda) digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional di merata dunia. Terdapat banyak kajian yang diterbitkan telah mengesahkan kegunaan habbatus sauda dalam mengawal ‘inflammatory cytokines’ dalam gangguan sistem pernafasan. Buat masa ini, tiada rawatan yang sesuai untuk mengatasi pandemik yang kita sedang lalui. Pelbagai gejala pesakit-pesakit yang dijangkiti membuktikan betapa pentingnya keseimbangan sistem pertahanan badan kita. Kes-kes serius yang menyebabkan kemasukan ke ICU (Unit Rawatan Rapi) menunjukkan tahap ‘pro-inflammatory’ yang tinggi. Sindrom Pernafasan Akut (Acute Respiratory Distress Syndrome, ADRS) di kalangan pesakit-pesakit merupakan salah satu faktor kritikal dalam menentukan keadaan penyakit yang teruk serta kematian. Oleh itu, imunisasi yang seimbang adalah salah satu cara untuk mengatasi masalah ini. Ekstrak habbatus sauda terkenal dengan fungsinya untuk menyelaras sistem pertahanan badan kita. Ianya bersifat anti-radang dan antioksidan dalam gangguan sistem pernafasan (obstructive respiratory disorders).

Habbatus sauda digunakan dalam pelbagai penyakit tetapi kajian yang paling berpotensi ialah kegunaannya dalam mengatasi bakteria yang kebal terhadap pelbagai antibiotik. Ianya dapat menentang pelbagai kuman-kuman seperti S.aureus (methicillin resistant Staphylococcus aureus -  MRSA) yang kebal terhadap antibiotik sedia ada. Bakteria atau virus yang kebal terhadap antimikrob menjadi semakin mustahil untuk dirawat. Kira-kira 5% hingga 10% daripada pesakit-pesakit di hospital dijangkiti kuman tersebut. Pesakit-pesakit ini akan menginap lebih lama di hospital dan memerlukan rawatan yang lebih rumit. Kebanyakan mereka tidak akan pulih dengan sempurna. Satu kajian telah dijalankan di Kolej Perubatan Jawaharlal Nehru untuk  mengkaji penggunaan habbatus sauda bagi menangani kuman-kuman kebal antibiotik dengan kombinasi beberapa antibiotik seperti Amoxicillin, Gatifloxacin dan Tetracycline. Daripada 144 jenis kuman-kuman kebal antibiotik, 97 jenis kuman berjaya dibunuh dengan menggunakan ekstrak habbatus sauda.

Mengimbangi Sistem Pertahanan Badan

Untitled design (1)_edited.jpg

Sistem pertahanan badan kita adalah satu sistem yang rumit dan kadang-kala bertindak di luar jangkaan kita. Walaupun daya pertahanan badan kita direka untuk melindungi badan kita daripada ancaman kuman, ianya kadang-kala mendatangkan kesan yang memudaratkan ketika melindungi badan kita. Salah satu cara ianya terjadi adalah apabila tindak balas inflammatori menjadi tidak seimbang, lalu menyebabkan ribut cytokine atau ‘cytokine storm’ dalam badan kita. ‘Cytokine storm’ terjadi apabila system pertahanan badan menjadi tidak terkawal dan menghasilkan terlalu banyak ‘cytokine’. ‘Cytokine’ adalah protein yang dirembes oleh sel-sel imun dan memainkan peranan dalam pelbagai fungsi daya pertahanan dan radang dalam badan kita. ‘Pro-inflammatory cytokines’ juga dirembeskan untuk melawan jangkitan. Tetapi kadang-kala, apabila terlalu banyak sel-sel imun yang diaktifkan di satu lokasi, ianya menyebabkan ribut cytokine atau ‘cytokine storm’. Bergantung kepada tahap dan lokasi ribut cytokine

Membantu Melawan Kanser

Kini, terdapat kajian yang lebih mendalam tentang nilai habbatus sauda dalam mencegah kanser seperti kanser payudara, kanser prostat dan kanser otak. Kajian yang menggunakan haiwan makmal mendapati thymoquinone yang terkandung dalam ekstrak habbatus sauda menunjukkan penurunan sel kanser sebanyak 52%. Thymoquinone juga membantu menyebabkan apoptosis (kematian sel diprogram) sel-sel leukemia, kanser payudara dan kanser otak dalam haiwan yang dikaji.

Menjaga Kesihatan Organ Hati

healthy liver (1).png

Organ hati adalah organ yang penting untuk detoksifikasi tubuh kita. Hampir kesemua toksin yang masuk ke tubuh kita akan dihantar ke hati untuk dinyahtosikkan dan hati juga menghasilkan hempedu yang membantu dalam penghadaman lemak atau minyak dalam usus. Masalah fungsi hati boleh berpunca daripada pengambilan alkohol yang berlebihan, paras gula dalam darah yang tinggi atau disebabkan kesan sampingan ubat-ubat tertentu yang mengakibatkan masalah hati berlemak dan pengerasan hati. Ekstrak habbatus sauda boleh membantu mempercepatkan proses pemulihan hati. Dalam satu kajian model haiwan, para saintis mendapati pengambilan ekstrak habbatus sauda dapat memperbaiki fungsi hati dan mencegah kerosakan hati yang berterusan dan penyakit hati.

Menangani Penyakit Kencing Manis Dan Penyakit Jantung

Untitled design (2)_edited.jpg

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan manfaat habbatus sauda dalam sistem pertahanan badan dan kesihatan metabolik. Memang tidak dinafikan bahawa habbatus sauda tidak boleh dipisahkan daripada kesihatan metabolik kerana perubahan metabolik boleh mempengaruhi sistem daya pertahanan badan kita. Satu kajian klinikal manusia telah dijalankan ke atas 114 pesakit diabetes jenis 2 di mana satu kumpulan diberi arang aktif sebagai placebo dan satu lagi kumpulan lain menerima 2g habbatus sauda bersama-sama ubat diabetes mereka, setiap hari, untuk tempoh setahun. Habbatus sauda telah terbukti menurunkan paras gula

Bagi individu yang bergelut dengan masalah kolesterol, supplimen habbatus sauda boleh dipertimbangkan. Ekstrak habbatus sauda telah terbukti dapat menurunkan risiko penyakit jantung, paras kolesterol dan tekanan darah. Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2017, mendapati ekstrak habbatus sauda bukan saja mengurangkan paras gula dalam darah tetapi juga membantu dengan kolesterol. Enam minggu selepas haiwan yang mempunyai kencing manis diberi dos rendah habbatus sauda, paras jumlah kolesterol (jumlah kolesterol buruk dengan baik dan juga 20% daripada trigliserida), LDL (kolesterol buruk) dan paras glukosa telah turun manakala paras HDL (kolesterol baik) berjaya dinaikkan. Satu kajian ke atas 19 sukarelawan dengan tekanan darah 135 sehingga 159 untuk tekanan darah sistolik dan 85 hingga 99 dalam tekanan diastolik telah dijalankan selama 108 hari. Dalam tempoh 6 minggu, subjek menunjukkan penurunan ketara sebanyak 11.2% dalam tekanan darah sistolik dan 12.2% dalam tekanan darh diastolik.

darah puasa dan HbA1C. HbA1C merujuk kepada purata paras gula dalam darah selama 3 bulan. Pengambilan habbatus sauda untuk jangka panjang juga dapat meningkatkan sistem pertahanan antioksidan badan.

Menggalakkan Penurunan Berat Badan

Journal of Diabetes and Metabolic Disorders menerbitkan satu kajian ke atas tumbuhan yang mempunyai sifat anti-obesiti mendapati ekstrak habbatus sauda adalah antara rawatan semulajadi yang mujarab. Kajian klinikal 2015 ke atas 50 wanita yang mengalami masalah berat badan (obesiti) yang berumur antara 25 hingga 50 tahun telah menerima diet rendah kalori dengan 3g minyak habbatus sauda atau diet rendah kalori bersama-sama 3g plasebo selama 8 minggu. Minyak habbatus sauda yang diambil bersama-sama diet rendah kalori didapati dapat mengurangkan berat badan dan meningkatkan tahap SOD di kalangan wanita obes.

Berkesan Menangani Penyakit Lelah Dan Alahan Di Samping Penggunaan Ubat

Potensi sebagai anti-radang dan anti-alergi habbatus sauda telah disahkan dalam ujian klinikal. Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2007, mengkaji khasiat habbatus sauda dalam kumpulan pesakit dengan penyakit lelah pada tahap sederhana dan teruk telah menilai skor simptom-simptom lelah, kekerapan simptom-simptom lelah dan fungsi paru-paru. Selepas tiga bulan, pengambilan habbatus sauda telah menunjukkan penurunan ketara dalam pernafasan bersiul (wheezing) dan batuk pada waktu malam, semasa bersenam dan siang hari. Laporan harian dan mingguan turut menunjukkan trend yang sama. Kajian ini juga menilai samada penyakit lelah pesakit-pesakit ini bertambah teruk atau tidak. Kumpulan yang menerima ekstrak habbatus sauda melaporkan pengurangan dalam penggunaan ubat sakit lelah. Ekstrak habbatus sauda terbukti sebagai suplimen yang berkesan untuk rawatan alahan seperti rinitis alergik, ekzema, asma bronkial, masalah rambut gugur dan jerawat.

Ekstrak habbatus sauda daripada jenama Kordel’s diperlukan oleh setiap isi rumah untuk menguatkan tubuh anda. Ekstrak ini telah menunjukkan potensinya dari kanser sehingga ke keadaan auto-imun ke diabetes dan asma. Thymoquinone adalah ramuan disebalik faedah ekstrak habbatus sebagai anti-radang, anti-bakteria, anti-kulat, anti-kanser dan immunomodulator. Ianya pilihan terbaik bagi mereka yang ingin meningkatkan kesihatan mereka atau yang mencari penawar semulajadi untuk penyakit mereka. Walaupun bidang sains semakin maju, habbatus sauda telah lama dimartabatkan sebagai penawar yang menakjubkan.

Kordel's Black Seed 100mg 30s_Group_edited.png