Untitled design (84)_edited.jpg

M.A.D.E – Kekeringan Mata Kerana Pelitup Muka: Wabak Baharu Era Ini

Pada tahun 2020, budaya 'norma baharu' telah mula diamalkan seperti penggunaan pelitup muka, penjagaan kebersihan saluran pernafasan dan tangan serta penjarakan sosial akibat pandemik ini. Langkah tersebut adalah penting untuk memerangi penyebaran penyakit. Ketika pandemik ini, penggunaan pelitup muka telah meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan fenomena baru yang dikenali sebagai M.A.D.E (Mask Associated Dry Eyes) iaitu kekeringan mata akibat pemakaian pelitup muka. M.A.D.E mempunyai simptom-simptom yang sama seperti kekeringan mata biasa. Ianya berkemungkinan besar berlaku kerana pemakaian pelitup muka pada jangkamasa yang panjang atau selepas memakai pelitup muka.

Keseimbangan Halus Lapisan Air Mata

Untitled design (79)_edited.jpg

Penghasilan, penyejatan, penyerapan dan pengaliran air mata memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan dinamik air mata kita. Sebarang ketidakseimbangan dalam lapisan air mata boleh mengakibatkan penyakit mata kering (DED).

Lapisan minyak merupakan lapisan air mata yang paling luar. Ianya berfungsi untuk mengurangkan penyejatan air dari permukaan mata. Ianya bertindak untuk mengasingkan permukaan mata dengan persekitaran, mengehadkan pencemaran permukaan mata akibat habuk dan mikroorganisma. Lapisan minyak ini juga membantu menstabilkan lapisan air mata. Lapisan tengah adalah lapisan akueus yang  membentuk 90% daripada isipadu air mata. Ianya berfungsi untuk membersihkan mata daripada bendasing yang kotor atau tercemar di samping melembapkan permukaan mata kita.

Lapisan akueus membekalkan khasiat kepada kornea kita bersama-sama dengan oksigen, protein dan garam inorganik termasuk protein yang bertanggungjawab untuk aktiviti antimikrob disamping vitamin dan elektrolit yang memastikan permukaan mata dan lapisan air mata sentiasa sihat. Lapisan paling dalam air mata pula terdiri daripada lendir (mukus) yang bergabung dengan air untuk menghidrat dan melincirkan permukaan okular. Ianya juga mengurangkan geseran semasa mata kita berkedip, membersihkan permukaan mata daripada sebarang kuman dan kotoran serta memastikan kestabilan air mata kita..

Mata kita dilindungi oleh air mata (tear film), lapisan cecair yang berada di selaput permukaan mata. Disebabkan kornea mata kita tidak mempunyai bekalan darah, lapisan air mata ini amat penting untuk membekalkan oksigen, nutrien, antibodi, sel darah putih, enzim dan air ke kornea. Isipadu air mata amat sedikit, bersamaan dengan 1/10 daripada satu titisan air dan amat penting untuk melembapkan permukaan mata kita. Ianya mempunyai struktur dan komposisi yang kompleks. Air mata terdiri daripada tiga lapisan iaitu lapisan minyak, akueus dan mukus. Peranan setiap lapisan ini bergantung pada komposisinya.

Adakah M.A.D.E Satu Kerisauan?

Masalah mata kering tidak patut diabaikan kerana ianya boleh menyebabkan masalah mata yang lebih serius seperti keradangan mata, calar pada kornea mata, ulser dan gangguan penglihatan yang serius sehingga ianya tidak boleh diubati. Bagi sesetengah orang, masalah ini boleh menjejaskan aktiviti harian dan produktiviti kerja mereka. Selain itu, M.A.D.E. juga boleh menyebabkan penyebaran kuman. Mata akan kerap digosok untuk melegakannya tetapi sentuhan mata dengan tangan yang kotor akan meningkatkan lagi risiko jangkitan mata.

Untitled design (78)_edited.jpg

Istilah M.A.D.E pertama kali diterangkan oleh pakar oftalmologi pada Jun 2021 berdasarkan peningkatan dalam bilangan kejadian M.A.D.E. Pelitup muka mengehadkan pengaliran keluar udara yang dihembus dari hidung dan mulut. Pemakaian pelitup muka yang longgar akan mengakibatkan udara tersebut keluar ke bahagian atas pelitup muka ke permukaan mata dan ini mempercepatkan proses penyejatan lapisan air mata. Ianya sama seperti angin yang bertiup ke atas kulit yang lembap. Individu yang memakai kaca mata akan menyedari kaca matanya sering berkabus akibat pemakaian pelitup muka yang longgar. Apabila pelitup muka dipakai dalam tempoh yang lama, penyejatan yang berulang-ulang boleh menyebabkan permukaan mata yang kering. Mata akan menjadi merah, tidak selesa, kering dan berair.

Siapa Yang Akan Terkesan?

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan mata menjadi kering. Penyelidik kini berdepan dengan dua masalah baru apabila pandemik ini bermula: peningkatan dalam penggunaan skrin digital semasa memakai pelitup muka dan perubahan aliran udara akibat pemakaian pelitup muka. Bekerja dalam waktu yang panjang di dalam bilik berhawa dingin menambahkan lagi masalah mata kering dan ianya menjadi lebih teruk sekiranya kanta lekap digunakan pada masa yang sama. Kanta lekap boleh mengganggu lapisan air mata dan menyebabkan penggunanya lebih terdedah kepada M.A.D.E sekiranya udara yang dihembus menjejaskan kestabilan lapisan air mata. Pemakaian pelitup muka melebihi 3 jam oleh individu yang mempunyai masalah mata kering akan menyebabkan simptom-simptom DED menjadi semakin teruk. Ini termasuk warga tua yang lebih cenderung kepada perubahan lapisan air mata akibat faktor usia.

Adakah Ubat Titis Mata Berkesan Untuk Mata Kering?

Walaupun ubat titis air mata tiruan mampu melegakan ketidakselesaan yang disebabkan oleh mata kering, ianya tidak mempunyai kandungan sebenar lapisan air mata semulajadi kita. Bahkan, ianya hanya memulihkan kelembapan mata buat sementara waktu tetapi tidak memberi perlindungan dan nutrien kepada lapisan air mata berbanding dengan lapisan air mata semulajadi kita. Selain itu, ubat titis air mata tiruan juga boleh memudaratkan sekiranya bahan pengawet tambahan itu menganggu mata kita. Elakkan daripada menggunakan air mata tiruan yang mengandungi bahan pengawet jika ia mengganggu mata anda atau mata mengalami kekeringan yang teruk. Benzalkonium klorida ialah salah satu bahan pengawet yang paling kerap digunakan. Sebanyak 70% daripada titisan mata topikal dan salap menggunakan bahan pengawet benzalkonium klorida. Walaupun ianya mempunyai sifat antibakteria yang sangat berkesan, benzalkonium klorida juga menyebabkan kesan toksik pada permukaan mata kita. Ianya memberi kesan negatif kepada mata kita terutamanya pada keadaan mata yang kering. Pengguna kanta lekap tidak boleh menggunakan ubat titis mata yang mengandungi benzalkonium korida.

Untitled design (85)_edited.jpg

MaquiBright Mengatasi Masalah Mata Kering Tanpa Ubat Titis Mata

Untitled design (77)_edited.jpg

Ianya sudah menjadi satu kebiasaan untuk menggunakan ubat titis mata bagi mengurangkan masalah kekeringan mata tetapi terdapat satu ekstrak buah yang boleh membantu mata kering, iaitu  maqui beri. Maqui beri ialah buah beri eksotik berwarna ungu gelap yang tumbuh liar di Amerika Selatan. Ianya juga dikenali sebagai Aristotelia chilensis atau Chilean wineberry. Ianya mengandungi anthocyanidins yang dipanggil delphinidins dan antioksidan, asid ellagic atau ‘ellagic acid’. Delphinidins adalah ramuan dalam maqui beri yang bertanggungjawab terhadap kesihatan  dan keselesaan mata disebabkan sifat antioksidannya yang tinggi. Ianya juga bertindak sebagai penghapus radikal bebas yang paling berkesan dan mampu membasmi 5 jenis radikal bebas dalam tubuh.

Simptom-simptom mata kering berpunca daripada air mata yang tidak mencukupi  memberi kesan terhadap tahap oksidatif dalam lapisan air mata. Hal ini disebabkan oleh tahap spesis oksigen reaktif ROS (reactive oxygen species) yang tinggi dan boleh menyebabkan berlakunya keradangan. Keradangan pada kelenjar air mata, kornea atau konjunktiva boleh mengurangkan rembesan air mata atau air mata yang dihasilkan tidak mengandungi campuran air, minyak dan garam yang betul. Perubahan dalam lapisan air mata boleh mengeringkan dan mengakibatkan masalah mata kering. Kajian praklinikal telah menunjukkan bahawa maqui beri daripada MaquiBright dapat membantu menggalakkan penghasilan air mata tanpa penggunaan ubat titis mata.

Penyelidik di Jepun telah menilai kedua-dua anthocyanidins utama dalam MaquiBright untuk menentukan sejauh mana ianya boleh melindungi fotoreseptor halus dalam mata kita daripada kerosakan akibat oksidatif yang disebabkan oleh cahaya biru. Penyelidikan ini dijalankan dengan mendedahkan subjek kepada cahaya biru yang dipancarkan daripada peranti digital. Cahaya biru boleh menyebabkan kesan oksidatif yang boleh merosakkan sel-sel mata. Maqui beri dapat membantu melindungi fotoreseptor di mata daripada kerosakan akibat oksidatif yang disebabkan oleh cahaya biru.

Ekstrak maqui beri daripada MaquiBright mengandungi sifat antioksidan yang membantu memulihkan rembesan air mata daripada kelenjar lakrimal. Ianya meningkatkan tahap cecair lakrimal yang sihat dan membantu memastikan mata kita sentiasa lembap dan selesa. Sifat antioksidannya memainkan peranan dalam melegakan masalah mata kering. Ekstrak maqui beri daripada MaquiBright diseragamkan untuk mengandungi sekurang-kurangnya 25% delphinidin dan 35% antosianin. Delphinidins daripada Maquibright berupaya menjaga kesihatan mata kita, melegakan keletihan mata dan melembapkan mata melalui penghasilan air mata yang sihat.

Lutemax 2020 – Sistem Pertahanan Dalam Menangani Kesan Cahaya Biru

Karotenoid seperti lutein dan zeaxanthin adalah ramuan biasa yang digunakan dalam perlindungan mata kita daripada cahaya biru. Mata kita dilindungi secara semula jadi daripada cahaya biru oleh lutein, zeaxanthin dan meso-zeaxanthin. Pigmen-pigmen ini terdapat dalam makula dan bertindak dalam mengurangkan penyerapan cahaya biru yang berbahaya. Ianya boleh didapati daripada sayur-sayuran yang berdaun, buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning dan oren. Di samping itu, karatenoid mengandungi antioksidan yang tinggi secara semula jadi dan dapat menghalang kerosakan pada tumbuhan dengan menyerap cahaya matahari yang berlebihan terutama cahaya biru yang berfrekuensi rendah. Akan tetapi, hanya 6% orang dewasa di Malaysia sahaja yang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi. Oleh itu, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mendapat perlindungan yang mencukupi untuk mata mereka melalui pemakanan mereka.

Kesan jangka pendek cahaya biru daripada peranti digital adalah seperti keletihan mata, kekeringan mata, penglihatan kabur, sakit leher dan bahu serta sakit kepala. Walaubagaimanapun, ianya boleh menyebabkan penyakit degeneratif makula mata dan katarak. Cahaya biru juga boleh menjejaskan kualiti tidur kita. Satu kajian yang dijalankan di University of Georgia mendapati Lutemax 2020 mengurangkan keletihan mata dan kekerapan sakit kepala akibat penggunaan peranti digital pada jangkamasa yang panjang.

Untitled design (86)_edited.jpg

Satu lagi kajian ‘double-blind’ yang menggunakan plasebo sebagai kawalan bersama-sama dengan Lutemax 2020 menunjukkan peningkatan dalam keupayaan untuk memulih daripada cahaya terang (pemulihan tekanan foto), keupayaan untuk menilai jarak dan membezakan objek yang berbeza antara satu sama lain (contrast sensitivity) dan keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam keadaan cahaya silau (glare recovery).

Untitled design (76)_edited.jpg

Lutemax 2020 ialah ekstrak semulajadi yang mengandungi ketiga-tiga pigmen makula yang penting untuk kesihatan mata, seperti lutein, zeaxanthin dan meso-zeaxanthin dalam nisbah 5:1 yang didapati melalui pemakanan kita. Banyak ujian klinikal membuktikan bahawa Lutemax 2020 meningkatkan tahap karotenoid dalam retina, meningkatkan prestasi visual, melindungi mata semasa  penggunaan peranti digital yang berpanjangan, meningkatkan kualiti tidur dan menyokong prestasi kognitif.

Usah Menyingkir Pelitup Muka Anda, Gunalah Kordel’s V-Fresh

Anda tidak perlu menyingkir pelitup muka anda untuk mengelak daripada masalah M.A.D.E. Kordels V-Fresh adalah penyelesaian semulajadi untuk menangani masalah mata kering. Dirumus khas dengan ekstrak maqui beri daripada MaquiBright dan karotenoid yang komprehensif daripada Lutemax 2020, kombinasi ini dapat meningkatkan penghasilan air mata semulajadi di samping melindungi mata daripada cahaya biru yang memudaratkan. Dapatkan V-Fresh hari ini untuk penjagaan menyeluruh mata anda.

Kordels V-Fresh Box 30s (3)_edited.png