Untitled design (73)_edited.jpg

Atasi Masalah Mata Kering Anda Secara Semula Jadi

Penglihatan merupakan salah satu deria manusia yang paling berharga. Semua bahagian mata adalah sensitif dan memerlukan penjagaan yang rapi. Badan kita mempunyai beberapa cara untuk melindunginya. Biji mata kita dilindungi oleh soket mata yang terletak di dalam kepala. Permukaan mata  pula dilindungi oleh kelopak mata dan bulu mata. Kedua-dua struktur ini melindungi mata daripada kotoran, habuk, pasir, dan cahaya terang yang boleh memudaratkan mata kita. Air mata juga mampu melindungi mata kita. Bukan sahaja bertindak sebagai pelincir tetapi juga mampu membersihkan kotoran, habuk dan iritasi lain yang memasuki mata kita melalui kelopak & bulu mata. Selain itu, air mata juga boleh melindungi mata kita daripada jangkitan. Dalam mata kita, retina dilindungi oleh tiga pigmen karotenoid yang dikenali sebagai lutein, zeaxanthin dan meso-zeaxanthin. Lutein dan zeaxanthin mempunyai kepekatan yang tinggi terutamanya di dalam makula kita. Ia berfungsi untuk menapis dan melindungi mata kita daripada cahaya biru serta kerosakan mata yang berpunca daripada proses pengokisdaan.

Mata kita perlu sentiasa berada dalam keadaan lembab supaya ianya sentiasa sihat. Biasanya, mata kita akan berkedip pada setiap 10 saat dan ketika mata kita berkedip, ianya akan menghasilkan satu lapisan air mata yang menyaluti mata kita dan sekaligus menyegarkannya. Dengan setiap kedipan mata, kelopak mata akan menghasilkan satu lapisan mukus, minyak dan air mata di permukaan mata kita yang dikenali sebagai kornea. Lebihan air mata akan mengalir ke dalam saluran air mata kecil yang terletak di sudut bahagian dalam kelopak mata dan seterusnya mengalir ke dalam hidung.

Walaubagaimanapun, apabila kita menggunakan tablet, komputer, telefon pintar atau menonton TV, kadar kedipan mata kita akan berkurangan. Mata yang kurang berkedip akan menjadi kering. Gejala-gejala yang berkaitan dengan mata kering adalah seperti mata gatal, terasa berpasir, mata merah, mata pedih, penghasilan air mata yang berlebihan dan penglihatan yang kabur. Menurut Nielsen Global Media, penggunaan gajet elektronik telah meningkat hampir dua kali ganda sejak dua tahun yang lalu selaras dengan peningkatan interaksi di alam maya. Peningkatan yang drastik ini memerlukan kesedaran yang tinggi tentang pentingnya perlindungan mata kita. Antara penyebab lain mata kering termasuklah penghawa dingin, asap rokok, kelembapan 

Untitled design (74)_edited.jpg

yang rendah, cahaya matahari, angin atau bahan pencemar, ubat-ubatan seperti anti-histamin yang digunakan untuk selsema atau alahan, kanta sentuh dan perubahan hormon wanita yang melalui proses menopaus.

Penggunaan gajet digital secara meluas telah menjadi salah satu penyumbang mata kita terdedah dengan cahaya biru yang dikenali sebagai ‘blue light’. Ia boleh menyebabkan keradangan mata dan penyakit mata kering. Tambahan pula, cahaya biru bergelombang pendek boleh menembusi lapisan dalaman retina dan merosakkan sel sensitif cahaya. Ini mendedahkan kita kepada risiko degenerasi makula iaitu keadaan di mana penglihatan pusat hilang kerana kerosakan pada makula (bahagian pusat retina).

Spesies oksigen reaktif (ROS) boleh menyebabkan bebanan oksidatif di permukaan mata. Ia telah terbukti bahawa bebanan oksidatif boleh merosakkan permukaan okular dan justeru, menyebabkan

keradangan mata dan penyakit mata kering. Apabila terdapat keradangan pada air mata kita (kelenjar lakrimal), kornea atau konjunktiva, penghasilan air mata yang mencukupi akan berkurangan atau air mata yang dihasilkan tidak mengandungi campuran air, minyak dan garam yang betul, sekaligus boleh mengeringkan mata kita. Apabila air mata berkurangan, ianya tidak mampu membersihkan kotoran, habuk dan kuman.

Untitled design (75)_edited.jpg

Air mata adalah penting untuk membekalkan oksigen, nutrien, antibodi, sel darah putih, enzim dan air kepada kornea kerana kornea tidak mempunyai bekalan darah. Luka kecil pada kornea atau jangkitan akan lebih cenderung terjadi sekiranya mata kita tidak mengeluarkan air mata yang mencukupi. Ianya juga akan menyebabkan tindak balas imun pada mata kita, di mana keradangan mata akan berlaku disebabkan tindak balas badan kita untuk menyembuhkannya. Tetapi ianya boleh menjadi lebih teruk dan semakin serius. Mata kering yang teruk dan tidak dirawat boleh menyebabkan keradangan mata,

kornea yang melecet, ulser kornea dan seterusnya kemerosotan penglihatan serius yang tidak boleh diperbaiki.

Air Mata Tiruan Berbanding Ramuan Semulajadi

Ubat titis mata seperti air mata tiruan sering digunakan untuk mengatasi mata kering. Air mata tiruan dapat memberi keselesaan kepada mata kita apabila kita mengalami masalah mata kering. Tetapi, air mata tiruan hanya memulihkan kelembapan di mata kita buat sementara waktu saja. Namun, penggunaan air mata tiruan yang berterusan boleh mengurangkan air mata semulajadi kita serta perlindungan semula jadi mata kita. Air mata tiruan bukanlah ubat untuk jangka masa panjang bagi mengatasi masalah mata kering kerana ianya hanya melegakan keadaan mata kering buat sementara waktu. Ubat titis ini

Untitled design (72)_edited.jpg

tidak mengandungi nutrien, antibodi dan perlindungan mata yang untuk melindungi mata kita terhadap radikal bebas, dan seterusnya menyebabkan bebanan oksidatif dan keradangan pada kelenjar air mata.

Pada masa kini, nutrisi telah mula diakui mampu menyokong kesihatan mata kita. Karotenoid xanthophyll seperti astaxanthin, lutein dan zeaxanthin telah diiktiraf kerana keupayaannya untuk membekalkan nutrisi okular. Karatenoid merupakan nutrisi utama di dalam penjagaan penglihatan kita. Walaupun tiada kandungan untuk pengambilan makanan yang disyorkan bagi lutein dan zeaxanthin, jumlah yang diperlukan bergantung kepada bebanan yang perlu ditanggung oleh badan kita. Baru-baru ini, maqui beri telah menjadi tumpuan dalam mengatasi gejala-gejala mata kering yang disebabkan oleh masa skrin yang tinggi dan faktor persekitaran.

Maqui Beri: Menyokong Penghasilan Air Mata Semulajadi Untuk Masalah Mata Kering

Maqui beri merupakan salah satu beri asli yang tumbuh liar di hutan Patagonia di wilayah Chile dan Argentina. Ia mengandungi sumber semulajadi delphinidin yang tinggi. Delphinidin merupakan sejenis pigmen tumbuhan yang bewarna ungu pada buah beri. Ia mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang yang menarik dengan sifat antioksidan yang tertinggi berbanding dengan buah-buahan lain. Delphinidin adalah penghapus radikal bebas yang paling berkesan dan mampu membasmi 5 jenis radikal bebas di dalam badan.

Untitled design (77)_edited.jpg

MaquiBright® adalah satu-satunya ekstrak maqui beri terpiawai yang dipatenkan dan terbukti berkesan. Ia dapat membekalkan flavonoid tulen yang kaya dan mengandungi sekurang-kurangnya 25% delphinidin dan 35% anthocyanin. Delphinidin daripada MaquiBright® mempunyai kadar penyerapan yang paling tinggi berbanding dengan anthocyanin yang lain seperti buah beri hitam dan beri biru. Ia mempunyai keupayaan untuk menembusi sel lakrima.

Bebanan oksidatif kronik dari persekitaran menyebabkan kelenjar lakrima tidak dapat berfungsi dengan sepatutnya dan menghasilkan air mata yang tidak mencukupi. Delphinidin daripada maqui beri memerangkap radikal bebas, mengurangkan bebanan oksidatif dan memulihkan rembesan air mata dalam kelenjar lakrima. Satu kajian terbitan Journal of Functional Food menerbitkan satu kajian pada tahun 2014 membuktikan keberkesanan maqui beri dalam memulihkan penghasilan air mata dengan mengunakan model tikus yang mengalami masalah mata kering.

Kemudian, 2 ujian klinikal telah dijalankan ke atas manusia bagi membuktikan keberkesanannya.

1) Ujian Schirmer - Dijalankan ke atas subjek yang mengalami kekeringan mata dan bekerja lebih daripada 4 jam sehari di hadapan skrin. MaquiBright® dapat membantu dalam kekeringan dan keletihan mata sebelum dan selepas pendedahan kepada skrin, berbanding dengan plasebo.

 

2) Soal Selidik Skor Kualiti Hidup Berkaitan Mata Kering (DEQS) - Dijalankan pada kumpulan subjek yang sama telah menunjukkan penurunan 57% di dalam ketidakselesaan mata seperti mata yang terasa berpasir, sakit dan mata merah.

Secara keseluruhannya, wanita adalah lebih cendurung mengalami penyakit mata kering (DED) berbanding lelaki, wanita menopaus berada pada risiko paling tinggi di samping faktor penuaan. Risiko-risiko lain DED termasuk penggunaan kanta sentuh, terapi hormon, antihistamin, antidepresi, pembedahan refraktif, diet dan kerap merokok. Satu kumpulan berisiko tinggi merangkumi individu yang lebih muda, telah dikaitkan dengan penggunaan peranti digital seperti telefon dan komputer.

Apabila terlalu banyak masa berada di depan skrin akan menyebabkan mata menjadi tegang. Kerdipan mata akan berkurangan disebabkan cahaya biru dari skrin dan mata akan lebih sukar untuk fokus. Antara gejalanya termasuk mata berasa kering, keletihan mata, kehilangan fleksibiliti untuk fokus, rabun dekat dan kerosakan pada retina. Peranti digital mengeluarkan cahaya biru yang dapat menembusi lapisan dalaman di bahagian belakang mata kita (retina). Kajian menunjukkan bahawa cahaya biru boleh merosakkan sel sensitif cahaya di retina. Ini boleh menyebabkan degenerasi makula pada usia yang muda dan boleh menyebabkan kehilangan penglihatan.

Karotenoid seperti lutein dan zeaxanthin terkenal dengan khasiatnya untuk melindungi mata daripada cahaya biru. Semakin tinggi pendedahan kepada cahaya biru, semakin rendah tahap MPOD. Macular Pigment Optical Density (MPOD) ialah satu ukuran tahap karotenoid di dalam makula. Semakin tinggi tahap MPOD, semakin baik peningkatan dalam pemulihan photo-stress, kepekaan kontras dan pengurangan penglihatan silau.

Makula bertanggungjawab untuk kawasan tengah medan penglihatan, warna dan butiran-butiran penglihatan kita. Makula juga kaya dengan pigmen kuning iaitu lutein, zeaxanthin dan meso-zeaxanthin yang terdapat di retina. Pigmen tersebut ialah satu-satunya nutrien yang disimpan di dalam mata untuk menyerap cahaya biru yang memudaratkan. Disebabkan tubuh manusia tidak berupaya untuk menghasilkan lutein atau zeaxanthin secara semula jadi, ianya adalah penting untuk mendapatkan nutrien ini melalui makanan dan supplimen.

Lutemax 2020®: Pemenang Anugerah Pigmen Makula Untuk Perlindungan Mata

Pemilihan supplimen lutein yang baik untuk membekalkan ketiga-tiga jenis karotenoid amatlah penting untuk perlindungan makula secara menyeluruh. Lutemax 2020® adalah ekstrak semula jadi daripada bunga marigold dan mengandungi ketiga-tiga pigmen makula dalam nisbah 5:1. Pigmen makula ini dijumpai di kawasan makula yang spesifik. Lutein didapati pada lapisan paling luar makula, diikuti oleh zeaxanthin dan meso-zeaxanthin di bahagian paling dalam. Lutemax 2020® memastikan tahap optimum ketiga-tiga karotenoid yang bermanfaat untuk kesihatan dan fungsi visual kita. Kebanyakan supplimen lutein di pasaran kekurangan meso-zeaxanthin.

Untitled design (76)_edited.jpg

Meso-zeaxanthin ialah karotenoid yang paling penting kerana ia mengawal penglihatan yang paling tajam dan berwarna. Walaupun kebanyakan karotenoid hanya mengandungi lutein dan zeaxanthin, Lutemax 2020® ialah karotenoid paling komprehensif yang terbukti dapat memperbaiki lapisan paling dalam di makula dan memberi perlindungan yang maksimum terhadap cahaya biru yang bertenaga tinggi.

Pelbagai kajian klinikal telah menunjukkan manfaat Lutemax 2020® di mana ianya tidak hanya terhad kepada penglihatan kita tetapi termasuk tekanan, kognitif, kualiti tidur, dan kesihatan kulit.

 

1) Bioavailibiliti yang lebih baik: Kajian LAMA 1 (akronim untuk Lutein, Vision and Mental Acuity) membuktikan bahawa Lutemax 2020® dapat meningkatkan tahap serum lutein dan zeaxanthin dengan cepat dan dikaitkan dengan peningkatan MPOD hanya dalam 8 minggu.

2) Meningkatkan prestasi visual: Dalam pelbagai jenis kajian, Lutemax 2020® meningkatkan sensitiviti kontras, pemulihan photo-sensitif dan silau secara konsisten.

3) Kajian B.L.U.E: Ujian klinikal pertama terhadap manusia dalam generasi muda yang sihat membuktikan penambahbaikan yang berkaitan dengan pendedahan cahaya biru yang berpanjangan daripada peranti digital, termasuk ketegangan dan keletihan mata, kekerapan sakit kepala serta toleransi silau.

4) Meningkatkan mood dan mengurangkan tekanan: Lutemax 2020® terbukti mengurangkan tekanan, serum kortisol dan gejala-gejala yang berkaitan dengan tekanan emosi. Ini menunjukkan kepentingan karotenoid makula bagi menyokong tekanan harian.

5) Menyokong kognitif: Lutemax 2020® meningkatkan faktor neurotropik BDNF. BDNF ialah molekul yang berkaitan dengan pembelajaran dan ingatan. Peningkatan tahap BDNF memperbaiki daya ingatan, fokus yang berterusan, kelajuan psikomotor dan pemprosesan.

6) Kualiti tidur: Lutemax 2020® meningkatkan kualiti tidur di dalam subjek yang terdedah kepada cahaya biru berpanjangan daripada peranti digital.

7) Meningkatkan kesihatan kulit: Kajian Beautiful Skin Forever membuktikan bahawa Lutemax 2020® memperbaiki tona kulit secara menyeluruh, pencerahan dan perlindungan kulit pada orang dewasa yang sihat yang mengalami masalah kulit kering.

Maqui Beri dan Lutein - Kombinasi semula jadi terbaik untuk Kekeringan dan Ketegangan Mata

Pemakanan yang seimbang dengan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, protein dan lemak sihat akan membekalkan anda dengan nutrisi yang diperlukan oleh mata anda dan seluruh badan untuk kesihatan optimum. Namun, anda perlu mengambil makanan tambahan kesihatan jika anda merasakan kehilangan sebarang nutrisi di dalam pemakanan anda atau apabila mengalami ketidakselesaan mata seperti masalah penglihatan, ketegangan mata, penglihatan kabur dan masalah mata kering akibat pendedahan yang berpanjangan pada skrin.

Supplimen mata jenama Kordel’s yang inovatif dan baharu, V-Fresh menggabungkan kedua-dua nutrisi mata yang unggul iaitu Maquibright® dan Lutemax 2020® untuk membantu meningkatkan remembesan dan kuantiti  air mata secara semula jadi di samping mengekalkan fungsi mata, melindungi daripada cahaya yang memudaratkan dan mengurangkan perkembangan penyakit degeneratif mata yang  berkaitan dengan penuaan.

Kordels V-Fresh Box 30s (3)_edited.png

Ambillah kombinasi ini untuk perlindungan menyeluruh mata anda dari dalam dan luar.